Surah Al Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang
terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At
Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan
keselamatan,
kerana ia akan menjadi penyelamat dari siksa kubur kepada pembacanya.
Kandungan Surah Al Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan
Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah
ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan
kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
Allah telah menciptakan alam ini dari awal yang tiada kepada yang
ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa
menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana
setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat
penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang
memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
.
.
Secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya tentang kuasa Allah
yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang
terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah
amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi
bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku,
jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang
mengalir?”
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga
dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah
melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan
setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf
(cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilah Dari Hadist
Terdapat banyak hadist tentang fadhilah yang terkandung dalam
Surah Al Mulk, yaitu:
1. Mendapat Syafaat
·
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat
kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
·
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30
ayat, ia mensyafaat bagi
lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula
ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
·
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada
satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi
syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan
memasukkannya ke dalam Syurga.”
·
Ulama berkata: ”Sesungguhnya
surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan
bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan
mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk
memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi
kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi
dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari
sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah
ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab
kubur.
·
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya
dari azab kubur.”
·
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk
setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
·
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada
mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti
untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
·
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada
satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan
datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah
mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
·
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan
wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa
Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu
seruan: “Tidak
boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
·
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW
telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka
di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau
menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan
satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya
terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang
menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk
berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (yaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya
dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya
orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu
tertulis di dalam hatinya.
4. Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk,
nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta
wajahnya yang seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al
Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahasia dan kelebihan. Sesiapa
mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahasia-rahsia dan
kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan
juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan
yang lain. Diantaranya
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan
rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat,
pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara
yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan
tidur mengiring dengan lembung kanan.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
- Jika diamalkan ayat ini, yaitu dibacakan pada gigi yang sakit.
InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
Terdapat banyak
keistimewaan daripada tiga puluh ayat
Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya
dengan istiqamah hingga ia mendapat ampunan Allah.
Insya Allah….aamiin
Disadur oleh Joko Pamungkas, S.Fil.
Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/11/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-mulk/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar